Ketumpang Air, Tumbuhan Yang Mudah Dijumpai Tapi Kurang Banyak Orang Tahu Khasiatnya



Tumbuhan ini sering kita dapati dihalaman rumah, ternyata tumbuhan ini mempunyai banyak manfaat bagi tubuh kita, dikutip oleh SukaSaya.com dari sosmed lie lin malaysia berikut penjelasan dari tumbuhan ini.
Tumbuhan tropika semusim ini mudah dijumpai dikawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari. Juga dikenali dengan nama saintifiknya Pepperomia pellucida . Walaupun ia mudah dijumpai namun tidak banyak yang mengetahui khasiatnya.


Herba ini tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki (25-30 cm). Batangnya dari jenis berair dan jika patah airnya berwarna hijau muda. Daunnya berbentuk seperti daun sirih dan baunnya juga hampir sama. Daunnya agak berkilau dibahagian atas dan agak kelabu dibahagian bawah. Buahnya bulat, sangat kecil dan berbentuk bujur dan ketika buahnya matang berwarnah hijau muda dan coklat, mempunyai sari minyak apabila dimasak. Walaupun ia tidak mendapat perhatian di Malaysia namun dinegara bukan tropika seperti eropah, tumbuhan ini dan benihnya dijual secara komersial. Ia dijadikan sayur dan salad.

Kegunaan:
  • Jika dibuat jus yang segar dapat menyembuhkan jangkitan pada mata, batuk, kesakitan pundi kencing dan menurunkan tekanan darah tinggi
  • Daunnya mengandung bahan antibakteria yang dapat menobati penyakit kulit seperti bisul,jerawat dan kulit melepuh.
  • Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat athritis dan rheumatik selain itu tumbuhan ini juga berkhasiat sebagai ngilu sendi dan sakit perut.
  • Cairan dari batangnya juga digunakan untuk menyembuhkan demam dan sakit kepala.
Nah itulah manfaat ketupang air yang sering kita temui. semoga bermanfaat.

Baca Juga: Ternyata Tanaman Ini Merupakan Salah Satu Tumbuhan Herbal




 
About - Contact Us - Sitemap - Privacy Policy
Back To Top